Sunday, 05 September 2010

Hangat@PPOBPP

Gerai urut PPOBPP turut berada di PESTA Pulau Pinang pada tahun 2007 yang bertujuan memberi khidmat secara langsung kepada orang awam. Sambutan yang diberi amat menggalakkan dan kami akan berada di sana lagi pada masa akan datang...

Profail PPOBPP

Print PDF

Lambang

Logo rasmi Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Pulau Pinang1. Lambang Pertubuhan  terdiri dari sebuah bahtera berwarna perang dengan lakaran tongkat putih di sisinya sedang berlayar di laut yang berwarna biru berserta latar belakang langitnya berwarna biru muda.

2. Bahtera melambangkan usaha berpandukan iman untuk mengatasi halangan dan rintangan yang dihadapi oleh orang buta. Laut menggambarkan cabaran dan kesempatan dalam hidup. Manakala, tongkat putih menandakan Pertubuhan ini diterajui oleh orang buta untuk membantu orang buta menuju ke arah kecemerlangan.

 

Matlamat Dan Tujuan

1. Matlamat Pertubuhan ialah mewujudkan kesempatan saksama dan pernyertaan sepenuh orang buta dalam segala aspek masyarakat.

2. Tujuan Pertubuhan ialah menyediakan sumber dan perkhidmatan bagi pembangunan sosioekonomi orang buta di Pulau Pinang khususnya:

(a) Meningkatkan dan membantu dalam pendidikan dan pemulihan orang buta dengan menyediakan kursus latihan dan khidmat sokongan.

(b) Meluaskan peluang pekerjaan dan menggalakan keusahawanan di kalangan orang buta melalui bimbingan kerjaya dan penempatan pekerjaan.

(c) Mengadakan forum untuk pertukaran pandangan di kalangan orang buta serta menyuarakan pandangan mereka kepada badan-badan yang berkenaan  dengan maksud mewujudkan dasar dan undang-undang yang mendorong kemajuan orang buta.

(d) Memupuk kesedaran tanggungjawab diri dan sikap positif dikalangan orang buta melalui program motivasi.

(e) Membekalkan kemudahan, alat bantuan atau barangan khas untuk orang buta termasuk penyediaan perkhidmatan dan maklumat untuk memperoleh dan menggunakan sumber tersebut.

(f) Menyediakan bahan bacaan dalam braille, audio, tulisan besar, digital atau bentuk lain yang boleh diakses oleh orang buta.

(g) Menjalankan penyelidikan atas perkara-perkara bersangkutan dengan orang buta atau memberi kesan kepada mereka serta menyebarkan maklumat darihal cacat penglihatan.

(h) Memupuk tanggapan betul dan imej yang positif tentang orang buta di kalangan masyarakat umum melaui kempen kesedaran awam.

(i) Menggalakkan integrasi sosial serta membantu orang buta mengatasi diskriminasi di bidang pendidikan, pekerjaan atau akses.

(j) Mempromosikan persekitaran bebas halangan atas dasar akses sama rata dengan cara kempen dan khidmat nasihat.

(k) Menerima pemberian, wasiat atau wrisan dalam apa jua bentuk untuk tujuan-tujuan Pertubuhan dan menambahkan tabung kewangan dengan cara yang yidak bercanggah dengan undang-undang.

3. Segala wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memejukan dan menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli Pertubuhan. Sesungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau  kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini.

Keahlian

Keahlian Pertubuhan terbuka kepada warga Negara Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas yang tinggal di Pulau Pinang dan ingin berkhidmat dalam Pertubuhan. Walau bagaimanapun, ahli tidak boleh melebihi sepuluh orang pada satu-satu masa dan sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah ahli mestilah terdiri daripada OKU Penglihatan.

Pembubaran

Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan semua ahli dalam suatu mesyuarat agong khas. Segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sab menumt undang-undang hendaklah dijelaskan manakala baki dana dan aset yang tinggal hendaklah didermakan kepada tabung ataupun mana-mana badan yang dipersetujui.

Comments (9)
  • nike air max 2010  - nike air max 2010

    In recent years, with the introduction of air max ltd, air max nike ace of running shoes in this family have given up years are named. But this

    change has not been authorized shoe fans, nike air max ltd generations of the market performance can only be said to be unsatisfactory. Nike finally entered in 2009 decided to resume

    the traditional name, launched a revival of hope carrying air max 2009 and air max 2010, not only followed the 360

    air-cushion, but the introduction of the most popular of flywire technology and nike air max, as long the air max running shoes quiet family brings a g...

  • nikelebronviishoes  - nikelebronviishoes

    www.nikelebronviishoes.com is my online store.My store sale many kinds of shoes of Lebron. Air Max Lebron vii Low is the newest basketball shoes. Air Max Lebron vii Low basketball shoes is designed to enhance the comfort and stability, Air Max LeBron VII followed a full charge of air unit is more wear-resistant uppers used in high-strength fibers. Air Max Lebron vii Low is another basketball shoes of LeBron.Air Max Lebron vii Low sports a sleek, lightweight design, combination full grain and synthetic leather upper, Phylon midsole with Max Air unit, and a rubber outsole with flex grooves.If you like piaying basketball, s...

Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

Slide@PPOBPP