Sunday, 05 September 2010
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Pulau Pinang
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA (Reg. No: 1218)
(Society for the Advancement of the Blind)
2, Lebuh Campbell, Georgetown,
10200 Pulau Pinang.
Tel / fax : 04-262 2425
  • Utama
  • Mengenai Kami
    • Utusan YDP
    • Profail
  • Multimedia
    • Galeri Gambar
    • Juara Lagu 2006
  • Hubungi Kami
  • Webmail

Hangat@PPOBPP

Kami mengadakan Majlis Berbuka Puasa pada akhir tahun 2008 yang dihadiri oleh masyarakat awam dan ahli-ahli PPOBPP di bangunan PPOBPP. Suasana amat meriah dan ceria penuh bermakna. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Utusan Yang DiPertua

E-mail Print PDF

Friday, 01 May 2009 02:44 Last Updated on Saturday, 02 May 2009 15:48 Written by Webmaster

Assalamualaikum wr. wb.

SETIAP insan istimewa tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia dalam keadaan yang serba kekurangan. Jika diberi peluang, kami juga mahu menikmati kehidupan normal seperti manusia biasa yang bebas bergerak, lancar berkomunikasi, dan pantas berfikir. Kekurangan kami tidak seharusnya dipersendakan dan dipertikaikan masyarakat, apatah lagi menganggap kami sebagai beban. Anggapan yang positif seharusnya diterapkan dalam minda setiap kali menilai tentang golongan istimewa yang juga dikenali sebagai orang kurang upaya (OKU).


Liku-liku kehidupan bagi seorang yang cacat penglihatan sangat berbeza bila dibandingkan dengan seseorang yang memiliki penglihatan yang sempurna. Pergerakan seorang yang buta amat terbatas dan begitu juga dengan peluang mencari nafkah menyara keluarga yang memerlukan kadang-kala amat memeritkan. Ini kerana tidak banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan dan jika ada jumlahnya amatlah terhad.

Mengikut statistik, terdapat lebih daripada 65,000 orang di Malaysia yang cacat penglihatan. Daripada jumlah tersebut, hanya lebih kurang 15,000 orang yang berdaftar. Peratusan kecil yang berdaftar adalah disebabkan kurangnya kesedaran tentang adanya peluang-peluang yang boleh mereka ceburi dan usaha bagi memperbaiki situasi yang mereka hadapi. Sejumlah besar daripada mereka hanya mampu mengharapkan belas ehsan ahli keluarga dan orang ramai demi meneruskan hidup.

Satu kenyataan yang amat menyedihkan apabila hanya sejumlah kecil golongan ini sahaja yang mampu berdikari manakala ramai di antara mereka yang tidak mempunyai kemahiran terpaksa mengemis atau menjual tisu dari meja ke meja sebagai sumber rezeki.

Hakikatnya, seperti juga anda, setiap orang buta menginginkan hidup berdikari. Apa yang golongan ini harapkan adalah sedikit pemahaman, kesedaran, dan ehsan. Sesuatu yang anda mampu berikan. Ramai di antara mereka sebenarnya berkebolehan dan mampu melakukan kebaikan untuk diri mereka dan juga masyarakat amnya. Anda sebenarnay berupaya membantu mereka mencapai matlamat ini. Hanya dengan memahami keperluan mereka, dan menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pertubuhan ini, anda bukan sahaja membantu seorang dua daripada mereka, tetapi sebaliknya membantu seluruh komuniti cacat penglihatan di negara ini.

Teruskan membaca kertas kerja ini dan anda akan lebih memahami kami. Moga-moga anda dapat menghulurkan sedikit sokongan dan bantuan kewangan bertujuan merealisasi wawasan ini. Atau mungkin, anda boleh menyebarkan tentang usaha pertubuhan ini kepada kalangan mereka yang cacat penglihatan. Ini mungkin menjadi tapak permulaan hubungan yang bermakna di antara anda dan kami.

What we strive to achieve for the visually impaired is only what any individual truly wants for himself - Independence, Fulfilment and equal opportunity.
- Henry Viscardi, Jr.

Jaafar Md. Isa
Yang DiPertua
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta P.Pinang
  • Add New
  • Search
Comments (1)
  • 2010-06-01 06:18:59 | |123.145.175.xxx| wow power leveling  - zfdfsd5


    if wow gold and wow power leveling or world of warcraft gold or replica sunglasses

    • 0
    • 0
    ReplyQuote
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Security Image
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
Joomla components by Compojoom
Valid XHTML 1.0 Transitional
Copyright © 2010 Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Pulau Pinang. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License. Hosted by Exabytes.