Sunday, 05 September 2010

Hangat@PPOBPP

Kereta VIVA untuk PPOBPP adalah suatu sumbangan yang amat besar maknanya kepada kami. Dengan adanya pengangkutan ini, dapatlah kami menjalankan lebih banyak aktiviti yang bermanfaat bukan sahaja untuk ahli PPOBPP malahan untuk masyarakat setempat. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri di atas sumbangan murni ini.

Selamat Datang

Print PDF

ASSALAMUALAIKOM W.B.R.T. DAN SALAM SEJAHTERA,

Selamat Datang ke laman web rasmi Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Pulau Pinang. Kami amat berbesar hati dengan lawatan anda ke sini dan berharap anda menjadikan laman web ini sebagai salah satu tapak lawatan kegemaran anda.

PPOB adalah singkatan dari nama Pertubuhan Pembangunan Orang Buta ditubuhkan pada tahun 2003 dan didaftarkan sebagai Pertubuhan yang bergiat aktif dibidang kebajikan dan dakwah secara berhikmah dan bijaksana.

2.             Dalam melaksanakan aktivitinya PPOB (Pertubuhan Pembangunan Orang Buta) menitikberatkan program-program menyeluruh yang dapat memberi manfaat kepada semua lapisan OKU penglihatan tanpa mengira faktor bangsa keturunan dan warna kulit.Kaedah ini mampu memertabatkan imej masyarakat OKU Penglihatan agar lebih baik disamping manghapuskan prasangka buruk dan salah faham mengenai masyarakat terhadap PPOB oleh sesetengah pihak.

3.             Didalam Perkembangan Sosio budaya penduduk dan masyarakat Malaysia yang unik.Peranan yang dimainkan oleh PPOB dalam menyatukan masyarakat OKU Penglihatan menerusi gerak kerja Pembangunan Insan dilihat amat releven.Ia selari dan seiring dengan hasrat dan cita-cita kerajaan untuk melihat masyarakat OKU Penglihatan setaraf dengan masyarakat umum Ibarat “DUDUK SAMA RENDAH,BERDIRI SAMA TINGGI”.

4.             Sejajar dengan itu PPOB telah dan sedang berusaha untuk mendirikan Kompleks Latihan OKU Penglihatan di Pulau Pinang yang mana Kompleks tersebut dilengkapi dengan kemudahan:

                a)             Asrama Pelatih Lelaki dan Perempuan

                b)            Surau

                c)             Bilik Perpustakaan Brail

                d)            Bilik Kuliah dan Pengajian Al-Quran

                e)            Blik Sukan dan Rekreasi

                f)             Bilik Seni Kraftangan

                g)             Bilik Latihan Komputer

                h)            Bilik Rawatan Urut dan Anatomi

                i)              Dewan Makan

                j)              Pejabat Pentadbiran

                k)             Kediaman Pekerja

5.             Kami berbesar hati mempelawa serta menjemput Syarikat Tuan mengambil bahagian menerusi penajaan bagi membiayai Penubuhan Kompleks Latihan OKU Penglihatan dan mewakafkan bahagian tersebut sebagaimana yang dinyatakan.

6.             Semua cek sumbangan yang diwakafkan hendaklah ditulis atas nama “PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA P.PINANG”atau masukan ke Akaun No: 107069051030 (MAYBANK PULAU TIKUS P.PINANG)Semoga sokongan dan kerjasama Tun/Tan Sri/Dato’/Tuan/Encik/Cik akan diberkati Allah dengan Rahmatnya.

~Jangan lupa untuk hebahkan tentang kewujudan laman web ini kepada kenalan anda!~

*SEMOGA SUMBANGAN ANDA DAPAT MEMBERI SINARAN TERHADAP OKU PENGLIHATAN DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T

Comments (4)
  • UrsulaNixon  - answer this topic

    If you want to buy real estate, you would have to receive the loans. Furthermore, my sister always utilizes a collateral loan, which supposes to be really fast.

  • credit loans  - respond

    I took my first loans when I was 20 and it aided me a lot. But, I require the commercial loan over again.

Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.